Aug 14, 2009

Tips

RAHSIA DI SEBALIK CIUMAN LELAKI

Apakah tanda di sebalik ciuman suami atau pasangan anda? Tahukah anda di sebaliknya ada tersirat rahsia? Ya! Apakah rahsia di sebalik sebuah ciuman?

Kalau si lelaki atau pun wanita dilihat sedang mencium manja seorang kanak2 kecil yg comel, ia boleh dilihat sebagai tanda kasih dan minatnya terhadap si kecil itu.. Ia suatu petanda sayang dan prihatinnya terhadap kanak2 itu.

Tetapi apabila ada pasangan lelaki mencium atau mengucupi wanita, apakah tanda dan rahsia di sebaliknya? Sesungguhnya kucupan atau ciuman seorang pasangan lelaki terhadap pasangan wanitanya itu terselit rahsia yg perlu anda ungkapi dan fahami persiratannya.

Ia mempunyai makna-makna tertentu dan kita akan seronok apabila benar2 dapat menyingkapnya. Ia memudahkan anda utk memahami sikap si dia. Ciuman pada bahagian2 tertentu di tubuh wanita mempunyai rahsia yg berbeza lagi tersendiri.

Ciuman atau Kucupan pada Tangan
Jika seorang lelaki mencium belakang tangan anda, itu tandanya si dia menyanjung dan menghormati anda. Lelaki atau sesiapa sahaja yg bersopan akan mengucup orang yg dihormati dan disanjunginya pada bahagian belakang tangan orang yg berkenaan. Ini biasanya dilakukan oleh seorang anak terhadap ibu bapanya, seorang bawahan ke atas atasannya, seorang murid terhadap gurunya dan seterusnya.. .. Jarang berlaku seorang lelaki mengucup tangan pasangan wanitanya, apatah lagi seorang suami kepada isterinya. Jika berlaku juga sedemikian, itu menandakan si lelaki berkenaan benar-benar menyanjungi dan menghormati wanita tersebut sebagai seorang yg istimewa dalam hidupnya.

Ciuman di Dahi
Selalu juga kita saksikan seorang lelaki mencium pasangan wanitanya di dahi. Apakah tandanya? Jika anda pernah dihadiahkan sebuah kucupan di dahi ,itu tandanya si dia begitu kasih terhadap anda. Dan kasihnya begitu kudus. Anda dapat berasakan getaran kasihnya pada anda begitu syahdu.

Ciuman Sayang
Jika pasangan anda mengucup anda di pipi, itu tandanya si dia sayang pada anda. Malah jika anda sedang marah dan dia tiba2 mencium pipi anda, itu maknanya dia tetap sayang pada anda walaupun apa yg terjadi. Malah ciuman sayang di pipi sering dihadiahkan oleh sang suami kepada isteri dalam suasana gurau senda dan ceria. Begitu juga apabila suami baru pulang dari kerja atau berjalan jauh, satu ciuman di pipi menandakan dia sayangkan anda, rindukan anda dan cintanya pada anda terus bersemi.

Ciuman Cinta
Saat anda sedang berdiri, tiba2 suami anda datang sambil memegang kedua pangkal lengan anda. Lalu anda dan dia saling berhadapan sehingga wajah anda bertembung dengan wajahnya. Lalu sebuah kucupan hinggap di bibir anda. Itu tandanya sebuah ciuman cinta sedang ditebarkan. Anda tetap dicintainya, bahkan kian hangat sehangat ciuman yang terhinggap.

Kucupan dari Belakang
Pernahkan anda dikejutkan oleh suami anda dengan kucupan dari arah belakang? Contohnya sedang anda sibuk mencuci pinggan, tiba2 pasangan anda menerpa dari arah belakang dan mengucup tengkuk dan pipi anda. Ini menunjukkan betapa pasangan anda begitu geram terhadap anda. Dan anda pun terasa terngiang bulu roma di saat itu. Namun anda patut berasa senang hati kerana tahu tahu betapa dia terngidamkan anda!

Kucupan Lutut
Betapalah lelaki ini telah rebah ke kaki anda. Benar, jika anda terjumpa lelaki yg sanggup mencium lutut anda, biarpun masih beralaskan pakaian, itu tandanya sudah teruk benar minatnya terhadap anda. Dalam hal ini, mudah pula anda mengambil kesempatan kerana dia akan tunduk pada setiap kemahuan anda.

Ciuman Di hujung Kaki
Ia amat jarang dilakukan oleh kebanyakan dari kita melainkan dalam sesetengah budaya dan adat resam India. Jika ada juga lelaki luar melakukannya , ia kira sudah luar biasa. Perlakuan ciuman di hujung kaki yang bukan kerana adat, itu petanda si lelaki berkenaan sudah terlalu merendah diri dan terlampau memuja anda. Anda boleh menganggap si dia boleh diperlakukan apa saja oleh anda. tapi, tengoklah juga.

Lelaki pandai berlakon dan mungkin dia cuma melakonkan saja utk mendapat perhatian anda sedang hakikatnya tidak boleh diperlakukan seperti yg anda tafsirkan.

Apa pun, kucupan sedemikian tidak seharusnya dilakukan.

So, wife out there..which type are/is yours? :)

H1N1: Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil)

Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil)

Disini saya ingin berkongsi sedikit maklumat untuk sahabat semua bagi mencegah penyakit H1N1. Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil (VCO) adalah salah satu altenatif sedia ada untuk mencegah penyakit ini. ini kerana VCO kaya dengan Lauric Asid yang berfungsi untuk menyokong sistem imiun dalam badan kita. Ia juga berfungsi sebagai anti-virus, anti-bakteria, anti-Protozoa dan anti-kulat untuk badan kita. ini kerana mengikut kajian H1N1 adalah satu wabak yang disebabkan oleh Virus dan bakteria.

Jadi VCO amat sesuai digunakan untuk mencegah penyakit ini. VCO banyak dipasaran sekarang. anda boleh mendapatkannya difamarsi yang berhampiran dengan anda. Tapi pastikan VCO yg anda beli tu adalah VCO yg asli. ini kerana VCO yg terdapat dipasaran kebanyaknya diimport dari Filipina. untuk memastikan ianya VCO asli adalah amat mudah iaitu minyaknya berwarna jernih (lutsinar) seperti air dan minyaknya akan membeku pada suhu di bawah 20 darjah celsius.

Selain dari itu saya nasihat anda semua elakkan dari memakan makanan fast food dan frozen food. Ini kerana bahan pengawit yg terdapat didalam makanan2 tersebut adalah punca yang menjadikan Virus Selsema sedia ada didalam badan kita menjadi semakin kuat dan daya tahan badan untuk melawan Virus ini menjadi lemah. Selain dari itu marilah sama kita berdoa agar negara kita ini selamat dari wabak tersebut.

Cubalah.

Tanah Liat utk H1N1

Selsema Babi Dan Tanah Liat
By HPA Online Network

Wabak influenza (H1N1) iaitu lebih dikenali dengan nama selsema babi kini dirasakan bakal mengancam kesihatan manusia sedunia. Semua pintu sempadan negara diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dari kedatangan pelancung maupun mereka yang baru pulang dari negara-negara berkenaan.

Namun apa jua situasi yang berlaku, masyarakat kita masih lagi tidak mahu akur dengan larangan yang telah ditentukan Allah di dalam Al- Quran. Pengharaman babi yang terdapat di dalam Al-quran dahulu dipersendakan kini menjadi isu keselamatan negara dan dunia. Virus deman selsema babi akan terus membunuh sesiapa sahaja sekalipun melalui percakapan dengan pembawanya.

Sebagai seorang herbalis Muslim mari kita kembali kepada pengubatan Islam dimana hukum “samak” digunakan. Najis babi dibersihkan dengan tujuh kali basuhan dan sekali dengan air tanah. Pastikan tubuh sentiasa bersih dengan persekitaran sehinggakan tidak memberi ruang virus berkembang. Antibodi yang terbaik adalah dari tanah. Herba organik tumbuh daripada tanah. Sabun tanah liat juga dari tanah dan kini HPA mengeluarkan serbuk tanah liat putih bagi pelbagai kegunaan:-
1. Untuk bertayamum - untuk pesakit menggantikan air
2. Untuk menyamak -
3. Sakit kulit ekzema - campur dengan air dan sapukan di kulit
4. Demam panas - sama spt di atas dan disapu di bahagian kepala
5. Ketagihan dadah - minum

Bagi yang berminat untuk mendapatkan :-

Serbuk Tanah Liat Putih
Harga Pengguna Semenanjung Malaysia: RM 8
Sabah & Sarawak: RM 10

SABUN CLAY
Harga PenggunaSemenanjung Malaysia : RM 10.00


TANAH LIAT BASAH
1KG -RM 20.00

Taklimat H1N1

Taklimat Pencegahan H1N1 - PERCUMA

Sabtu, 15 Ogos jam 9-11pagi.
PUSAT REKREASI PEKAN CHERAS BARU, KG CHERAS BARU KL
Pengenalan produk penguat sistem imun - TRANSFER FACTOR - Dr Azif Ahmad(MD UKM)

Penjualan mask H1N1 & hand sanitizer
Pemeriksaan kesihatan asas
Tempat terhad kepada 50 peserta TERAWAL SAHAJA.
Sila sahkan kehadiran kepada En Khairul-0163310578 / En Zainal-0133023196
Jamuan tengahari disediakan.

ELAKKAN UNTUK HADIR JIKA ANDA MENGALAMI DEMAM, BATUK ATAU SAKIT TEKAK.

BERSAMA MENCEGAH H1N1