Nov 15, 2009

Nur Kasih @ TV3

U all ada tonton Nur Kasih? Slot kat TV3 setiap hari Jumaat jam 9 mlm tu..
Memula dulu memang arr mcm bosan aje tp bila dah tengah2 cerita baru nmpak jln cerita dia best.

Skang ni conflict adik beradik ipar membuatkan jalan cerita tu semakin bertambah menarik. Seiring dgn ajaran agama yg mendalam dlm diri watak cerita membuatkan penonton kadang2 rs geram kat si Sarah sbb kakak punyalah baik (dr keluarga yg baik2) tapi Sarah sorang yg bermasalah membuatkan seluruhnya terlibat sama apabila dia mula meracun sorang demi sorang ahli keluarga arwah Ustaz Hassan..

Phuh, i sampai tak tertahan dah rsnya bila nk tunggu hari Jumaat malam sbb nk tonton kisah seterusnya. Skang ni Adam kena bom lak kat Mumbai..Aliya pulak menuduh tak tentu hala..hadoooiii si Sarah ni..hish nasib aku tak mengandung..kalau tak tempias muka si Sarah tu kat anak aku..!

Anyway, tahniah kepada pengarah dan para pelakon Nur Kasih.. Syabas..kita tunggu episod seterusnya..

Nov 9, 2009

Nicolas Cage Boros?

LOS ANGELES : Sebuah laman web Barat telah melaporkan pelakon filem National Treasure, Nicolas Cage, 42, kini sedang mengalami masalah kewangan akibat terlalu boros berbelanja terutama untuk barangan antik.


Pelakon yang gilakan barangan antik itu dilaporkan telah menghamburkan jutaan dolar untuk memiliki komik klasik keluaran asal Superman dan Batman. Cage turut berbelanja besar untuk memiliki kapal mewah, jet, istana, lebih 50 buah kereta, 18 buah motosikal, rumah dan 2 buah pulau.


Pelbagai model kereta antik yang jarang ditemui kini menjadi miliki Cage, antaranya Bugatti model Atlante Type 57 Ford GT (telah didermakannya kepada Universal Technical Institute) bernilai AS$140,000, Porsche Sportster 1989 bernilai AS$100,000 dan Triumph Spitfire 1500 edisi 1973.