Apr 12, 2010

Resign??

How to tell your boss you are resigning?
Put your comment here, will help my friends a lot, thanks

Apr 2, 2010

Din Beramboi Meninggal Dunia

Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi

KUALA LUMPUR 2 April - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior
Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat
malam tadi.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas
terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga
berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang
menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan,
Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di
hospital itu, malam ini. - Utusan

Ps: sumber terdekat memberitahu kita, arwah meninggal dunia sambil tersenyum. Dia pergi dengan tenang, Alhamdullillah. Marilah kita bersama-sama hulurkan Al-Fatihah utk beliau..amin.