Nov 9, 2009

Nicolas Cage Boros?

LOS ANGELES : Sebuah laman web Barat telah melaporkan pelakon filem National Treasure, Nicolas Cage, 42, kini sedang mengalami masalah kewangan akibat terlalu boros berbelanja terutama untuk barangan antik.


Pelakon yang gilakan barangan antik itu dilaporkan telah menghamburkan jutaan dolar untuk memiliki komik klasik keluaran asal Superman dan Batman. Cage turut berbelanja besar untuk memiliki kapal mewah, jet, istana, lebih 50 buah kereta, 18 buah motosikal, rumah dan 2 buah pulau.


Pelbagai model kereta antik yang jarang ditemui kini menjadi miliki Cage, antaranya Bugatti model Atlante Type 57 Ford GT (telah didermakannya kepada Universal Technical Institute) bernilai AS$140,000, Porsche Sportster 1989 bernilai AS$100,000 dan Triumph Spitfire 1500 edisi 1973.

No comments:

Post a Comment