Sep 17, 2009

Cinta Dato' Siti Nurhaliza

Mereka meragui,
Wujudnya cinta yang sejati,
Tidak hati ini,
Semenjak dari mula,
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segalanya........

Itu antara bait-bait lagu single terbaru dendangan Dato’ Siti Nurhaliza yang bertajuk “Ku Percaya Pada Cinta”. Lagu yang dimuatkan dalam album kerohanian pertamanya iaitu ‘Tahajjud Cinta’ sudah pun mula dimainkan di corong-corong radio. Lagu ciptaan Audi Mok dan liriknya ditulis oleh Habsah Hassan itu dipilih sebagai single pertama kerana menurut Siti ia lebih berentak pop dan dalam masa yang sama masih menepati mesej yang ingin disampaikan.
GET MORE FROM GUA.COM

No comments:

Post a Comment